Baiknya hati dia! Inilah yang disebut-sebut netizen sebaik tersebarnya gambar seorang pegawai polis wanita sedang menyusukan bayi milik suspek jenayah yang berada dalam perbicaraan.
- Suami jangan menuntut istri untuk kurus. Bersyukurlah jika istri Anda bertambah gemuk sebab itu tanda bahagia dan bangga akan keberadaan suaminya
- Terungkap! Ternyata ini Alasannya Mengapa Saat tidur, Bayi sering tersenyum
- Ingat Uang Kertas Seratus Rupiah bergambar Perahu Pinisi Ini? Kamu Masih punya ga? Pasti kamu belum tau Sekarang Harganya Segini!!
- Ingat ya Jangan Sepelekan Serat, Ini yang akan Terjadi sama Tubuh kamu kalau kamu malas mengkonsumsi Serat..
- Untukmu Para Suami Jangan Suka Nyakitin Istri, Karena Kesuksesanmu Tidak Luput Dari Doa-doa Tulusnya
Pegawai polis wanita yang bernama Hao Lina dari China ini telah dilihat menyusukan seorang bayi berusia empat bulan yang kelaparan di Shanxi Jinzhong Intermediate
Menurut sumber, ibu bayi tersebut tiada di situ kerana terpaksa hadir ke perbicaraan mahkamah atas pertuduhan penipuan dalam pengumpulan dana, penyerapan wang simpanan awam yang menyalahi undang-undang dan menyembunyikan jenayah tersebut yang telah memperdaya lebih 2,800 mangsa. Fuh berat jenayah si ibu tu!
Pada jam 9 pagi, bayi berkenaan yang berada di bawah jagaan Hao dan rakan sekerjanya tiba-tiba menangis dan menarik perhatian ramai.
Hao yang juga seorang ibu muda tidak sampai hati melihat keadaan bayi tersebut yang asyik menangis. Dia akhirnya mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi itu selepas mendapat kebenaran dari si ibu.
“Bayi tersebut tak berhenti menangis dan kami semua risau… Saya seorang ibu muda dan saya dapat rasakan betapa cemasnya ibu bayi tersebut nanti.
Apa yang saya kira adalah untuk buat yang terbaik dan selesakan bayi yang kecil itu,” katanya kepada Daily Mail.
Berita mengenai sikap baik Hao terhadap bayi tersebut telah mendapat pelbagai respon positif dari netizen.
“Ini adalah pemandangan yang terindah saya pernah lihat,” kata seorang netizen.
“Saya percaya mana-mana anggota polis pun akan buat benda yag sama. Kalaulah saya si ibu, saya pasti berharap sesiapa membantu bayi saya juga,” tambah Hao Lina lagi.
Malah dilaporkan juga, ibu bayi tersebut menangis selepas meninggalkan perkarangan mahkamah akibat tersentuh dengan tindakan baik hati Hao terhadap bayinya.
Tindakan pegawai polis ini patut dijadikan contoh. Semoga bayi tersebut tak lupakan Hao bila dah besar nanti
Menurut sumber, ibu bayi tersebut tiada di situ kerana terpaksa hadir ke perbicaraan mahkamah atas pertuduhan penipuan dalam pengumpulan dana, penyerapan wang simpanan awam yang menyalahi undang-undang dan menyembunyikan jenayah tersebut yang telah memperdaya lebih 2,800 mangsa. Fuh berat jenayah si ibu tu!
BalasHapus